Anda Ingin Hamil Pada Usia Lebih 40 Tahun?

Bagi anda yang ingin hamil walaupun usia anda sudah lebih daripada 40 tahun, anda boleh cuba amalkan beberapa tip di bawah:

tips hamil wanita umur 40 tahun ke atas

Tip Pertama : Sihatkan badan anda

Untuk tingkatkan kesuburan, anda perlu aktifkan hormon – hormon di dalam badan anda. Caranya adalah anda perlu tukar gaya pemakanan anda . Anda perlu banyakkan makan makanan sayur dan buah – buahan. Makanan seperti sayur dan buah mempunyai nutrient dan zat yang boleh merangsang hormon seperti estrogen yang boleh membantu meningkatkan kesuburan anda.

Selain gaya pemakanan, anda juga perlu sihatkan badan anda dengan melakukan senaman. Antara senaman yang boleh anda lakukan adalah jogging, jalan cepat atau perlahan, dan berenang. Ketiga – tiga senaman ini akan mengaktifkan seluruh otot badan. Secara tidak  langsung ia akan membantu diri anda untuk bertambah subur.

Tip Kedua : Lindungi diri anda daripada bahan kimia

Berhenti merokok dan jika suami anda seorang perokok, minta dia untuk merokok jauh daripada anda. Anda perlu lindung diri anda dari sebarang bahan kimia. Elakkan memakan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia air pewarna, kopi segara dan Mee Maggie. Bahan kimia adalah antara penyebab kepada masalah tidak subur.

Selain itu, anda juga perlu elakkan diri dari terlibat langsung pada bahan kimia. Antara bahan kimia yang selalu berada di dalam rumah adalah sabun pencuci lantai dan sabun pencuci baju. Jika anda ingin berurusan dengan bahan kimia, pastikan anda pakai sarung tangan dan penutup mulut.

Tip Ketiga : Ambil vitamin dan makanan kesihatan tambahan

Anda tanya doktor dan tanya apakah vitamin dan makanan tambahan yang sesuai untuk anda amalkan untuk tingkatkan tahap kesuburan anda.

Selain itu anda juga boleh mengamalkan herba tradisional yang telah terbukti khasiatnya secara saintifik.

Diharapkan tip di atas dapat membantu anda mencapai impian untuk hamil pada usia 40 tahun ke atas.


This entry was posted in Panduan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.